Jun 11, 2013

Perkahwinan Zihan & Reduan, Sebelah Perempuan...

Pada tanggal 26 Mei 2013 sudah pasti suatu hari yang penuh bersejarah terukir di ingatan bagi sesiapa yang hadir. Tapi yang pasti bagi kedua pasangan pengantin ini mungkin debaran yang dinantikan selama ini akhirnya mengukir senyuman diraut wajah masing-masing. Dengan sekali lafaz sahaja Along bersama Kak Long aku sudah sah bergelar suami isteri... Alhamdulillah & tahniah aku ucapkan. Majlis akad nikah diadakan di rumah Pengantin Perempuan di sebelah pagi... Manakala diikuti dengan Majlis Persandingan dihari yang sama selepas Solat Zohor. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan oleh-Nya... Meh aku nak sharekan gambar-gambar yang aku ambik disekitar Majlis berlangsung...



:: Hantaran berwarna kuning keemasan dari Pihak Lelaki & Turqoise pula dari Pihak Perempuan ::


:: Sekali lafaz mereka berdua sah bergelar Suami & Isteri ::




:: Batal air sembahyang dilakukan dengan memakaikan gelang ::


:: Kacak & Ayu yang mengapit pengantin tulah Ibu & Bapa aku huhuhu ::


:: Inilah orang kata Air dicincang tak akan putus... Adek beradek kesayangan aku ::


:: Jiran & Datuk sedara jugak turut hadir ::


:: Keluarga dari sebelah Pengantin Perempuan ::


:: Makcik kesayangan turut menjadi pengapit sekejap ::




:: Terukir wajah kegembiraan terserlah dari raut wajah mereka berdua ::



:: Keluarga dari pihak Pengantin Lelaki ::

No comments:

Post a Comment

Lagi-Lagi Cerita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis