Jul 8, 2013

Resepi Tiramisu Yang Mudah & Enak...

Nampaknyer tinggal sehari je kite sebagai umat Islam nak berpuasa... Di kesempatan ini aku nak sharekan korang dengan resepi "Kek Tiramisu" yang sangat-sangat simple, manelah tau kot-kot boleh dibuat sebagai makanan tambahan selepas berbuka... Kalau nak diikutkan aku ni agak alah jugaklah dengan Nescafe mahupun coffee, asal minum migrin macam nak pecah kepala... Tapi dengan makan Kek Tiramisu ni aku tak ade masalah pulak... Lagi satu nak buat die pulak mudah tak perlu nak bakar dalam oven... Sebelom tu aku nak ucap trima kaseh pade membe opismate aku "Kak Nur" yang kongsikan resepi ni... Harap korang dapat mencuba okey...

Bahan-Bahannya :

1 - Biskut Tiramisu / Bonomi
2 - Air Kosong
3 - 3 Sudu Besar Nescafe
4 - 500g Tatura Cream Cheese (*)
5 - 400g Whipping Cream (*)
6 - 250g Gula Pasir (*)
7 - Serbuk Koko

**Biskut Tiramisu ni senang nak didapati di kedai barangan nak membuat kek, harga dalam RM9 - RM10... Selain dari tu korang boleh jugak dapatkan di "Cold Storage Wangsa Walk"...

Cara Membuat :

1 - Korang pukul Whipping Cream sampai kembang
2 - Masukkan Tatura & Gula Pasir pukul hingga sebati
***Nak lagi mudah masukkan semua bahan (*) pukul sampai sebati
3 - Larutan serbuk Nescafe didalam Air Kosong (Air Masak Minum) - Sukatan air tu aku guna mangkuk bubuh nasi tambah
4 - Celupkan Biskut Tiramisu dan susun di dalam bekas
5 - Kemudian diselangkan dengan bahan (*) tadi
6 - Langkah 4 & 5 diulangi dan akhirnya sekali barulah ditaburkan Serbuk Koko diatasnya
7 - Masukkan Kek Tiramisu yang dah siap dalam peti sejuk, kemudian baru hidangkan



:: Inilah hasil Kek Tiramisu aku ::


:: Bahan-bahan yang sangat simple ::


:: Inilah rupe die Biskut Tiramisu / Bonomi ::


:: Ini adalah langkah bahan-bahan (*) disatukan ::


:: Langkah 3 - Air Kosong penuh mangkuk pun takpe ::


:: Langkah 4 ::


:: Langkah 5 ::


:: Inilah rupe bila diselang-selangkan bahan tadi bersama biskut tiramisu ::


:: Langkah terakhir ditaburkan serbuk koko ::

**Amacam sangat simplekan... Tu mudah tak payah masuk dalam oven.. Cuma letak dalam peti sejuk je dah boleh makan... Resepi aku ni buat untuk bekas yang besar bagi yang baru nak mencuba sukatan aku tu korang separuhkan untuk mengelakkan pembaziran tak menjadi... Selamat mencuba okey...

9 comments:

  1. Thanks dik...tak sangka kaum Adam ada yang rajin macam ini... boleh buat menantu hehehe
    Baru tau camne buat kek tiramisu ni...senang rupanya, anw makan pun tak pernah so, dah beli bahan2 utk buat hari ni. Harap2 menjadik la...
    Semoga Allah berkati usaha anda berkongsi cara dan resepi ni...

    ReplyDelete
  2. #425 '' kalau xpkai wipping cream boleh x? mala nak p cari "
    regards : glamorousbybellaluna.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bella : ermmm mmg kene wipping cream tu... Kalau x jd... Cer cari kat kedai2 kek

      Delete
    2. ok2. thanks sufi. nanti bella p cari =)

      Delete
  3. kalau cream chese tu x leh boleh kew ?

    ReplyDelete
  4. nescafe tu bila gunanye?..xberapa nk faham bab nescafe tu...bole admin terangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat... Maksud nescafe tu bancuhkan dengan air sejuk biase... Pastu celupkan biskut jejari tu dalam air tu

      Delete

Lagi-Lagi Cerita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis