Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Dec 10, 2012

Bersama Model-Model Di Piala Seri Endon 2012...

Ohhhh Mennnn...!!! Baru-baru ni membe aku invite ke "Piala Seri Endon 2012" bertempat di "KLCC Concention Centre"... Para peraka fesyen yang baru menghasilkan karya-karya batik dengan teknik olahan yang tersendiri... 1st time au pegi fasyen show gini okey jugak... Lepas tu dihiburkan dengan persembahan yang sangat mantap dari "Dayang Nurfaizah" & "Hafiz"... Selesai semuanya kite orang diberi makan, time tulah dapat berjumpe dengan artis, pereka fesyen & model-model... Aku sempat jugak bergambar dengan para model-model pada hari tu... Terkezut cipanzzz jugak tengok semua modelnya "tinggi" & "besar"... Itu yang aku mengeluh "Ohhhh Mennnn" tu, aku ingat aku dah tinggi tapi ade lagi yang tinggi dari aku... Kengkawan & Family pun semacam tak percaya, tapi itulah realiti fizikal seorang model... So doakan aku sebesar & setinggi itu huhuhuhu... Insyaallah Amin...



:: Takde idea nak pakai ape... So just Tie Batik pun dah okey ::

Oct 16, 2012

1 Penyanyi & 3 Penyanyi Latar Pemenang Untuk "The Voice"...

Masih ingat lagi entry "Night Of Stars Annual Dinner & Dance"...? Okey ini sambungan die senarnya... Di mana-mana Annual Dinner tak sah kalau takde buat contestkan... Di malam yang meriahkan bagaikan retis-retis Hollywood tu, salah satu contest yang menarik perhatian ramai adalah "The Voice"... 6 perserta kesemunya berjaya masuk ke peringkat akhir... Kalau tanya nape aku tak dapat, mungkin bukan rezeki aku mase pegi audition... Tapi walaupun tak dapat masuk akhir aku bersama Lydia & Dira dijemput khas oleh "Kyra" bagi bersama mendodoi-dodoikan lagu... Dengan arti kata lain penyanyi latar... Alhamdulillah Kyra menang pada malam tu, walaupun kite orang bertiga hanya penyanyi latar tetap berbangga dengan kemenangan beliau... Lagu My Immortal & Janji Kasih memukau semua yang ada dalam Ballroom mase malam tu... Hadiah sangat istimewa "RM8,888.00"... Tahniah Kyra & rezeki beliau pada malam tu siap dapat name kad dari sebuah syarikat rakaman yang datang jadi juri... Nanti kalau dorang masukkan dalam Utube aku akan sharekan kelunakan suara Kyra... 


:: Dari Kiri Kyra, Dira & Lydia ::

Gambar bawah ni diantara 6 orang yang terpilih ke peringkat akhir...








:: Walaupun penyanyi latar, berdebaq tetap rase okey ::


:: Sempat bergambar dengan artis... tak salah nama panggilan die "Red"... die pernah buat persembahan mase aku pergi "Anugerah Style EH"...


:: Budak dept aku yang spoting turut beri sokongan... Ahmad, Zul, Salman, Nasrul & Krol ::


:: Itu die penyokong-penyokong Kyra ::

Oct 2, 2012

Pencarian Hero Remaja 2011 / 2012...

Baru ni "Pencarian Hero Remaja 2011 / 2012" diadakan di Wisma MCA Jalan Ampang, aku berkesempatan pergi dengan membe-membe opis aku "Rozai, Aizal & Amirah"... Juara Hero Remaja kali ini dimenangi oleh "Abdul Fattah Mohd Amin", secara langsung beliau mengambil alih takhta yang disandang oleh "Kamal Adli" sebelom ini... Tempat kedua dimenangi oleh "Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak" & Tempat ketiga disandang oleh "Mohd Shahrul Ridzwan Hashim"... Dekat sane aku berkesempatan berjumpe dengan para artis yang hadir... Ape lagi tanpa segan dan silu ambik gambarlah huhuhuhu...


:: Pic ni kredit dari "Media Hiburan" ::



:: Mata aku tertutup plak bergambar dengan Zed Zaidi ::


:: Aku & Rizal Jaafar ::


:: Aku & Kamal Adli ::


:: Aku & Aeril Zafrel ::


:: Pegi sane terserampak plak ngan membe aku Meara ::


:: Time ni Aizal dah balek awal, yang sempat bergambar Rozai & Amirah ::


:: Mengikut tema Merah, Biru & Putih ::

Aug 28, 2012

Oppa Gangnam Style Ramai Yang Terjebak...

Sape yang tak tau apelah "Oppa Gangnam Style"... Sure tertanya-tanya "Nak ganyang orang pun kene ade style ke...???" Huahuahua tak adelah sampai gitu, tu kalau nak masuk lokap free bolehlah... Ni senarnya salah satu dari video youtube artis dari Korea... Disebabkan lagu same video clip dorang yang sangat lucu-lucu luci, ramai plak jadi ikutan... Yang ikutan yang buat aku sangat tergelak-gelak sebab tercuit giler ati aku ni, dah macam orang geletek-geletak okey..... Meh tengok...

:: Video Asal ::
:: Video duet ::
Disebabkan ramai yang suke then dorang buat video sendiri... Tapi yang paling best yang aku tengok video mase bulan pose dari "The Clan of Cucu Tok Haroon" dengan "Fly FM Krew"... MMG STYLE KORANG....!!!

Aug 12, 2012

Lagi Seminggu Je, Lepas Tu Hantu Dah Terlepas...

Mungkin tajuk entry aku ni macam minta kaki ataupun macam nak meminta-minta pelempang seribu kali dari korang... Nehi nehi nehi... Kesemuanya aku takmo, tapi kalau mau bagi duit rayer, besar tapak tangan gajah aku hulurkan dan korang silelah taburkan... Wakakaka... Bukan ape sekarang dah pukul 12, tapi mate aku ni buat kejutan macam esok nak rayer... Tak ngantok pulok... Hurmmm... Tanpa segan silu merayaplah mate ke Blog-blog yang pemes... Salah satunyer "Hanis Zalikha", tetibe tersentuh dengan entry die post yang bertajukkan "Nangis"... Thanks for sharing... Seyes rase Pilu... Tersentuh... Sedih... Dengan iklan video rayer 2012 hasil karya dari "Bernas"... Tahniah...!!!

Ok berbalek pade tajuk entry aku tu, senarnya tak ade ape pun... Saje bikin gimik... Kite tidak perlu takut dengan Hantu tapi kite harus takut dengan Allah S.W.T... Ok kengkawan lagi seminggu nak rayer, harap korang semua dapat menyediakan pesiapan rayer dengan sempurna... Biar alakadar jangan alakat sudah hehehe... Salam Ramadhan...

Jul 9, 2012

Pemenang Anugerah Stail EH! 2012...

Selain diumumkan nama-nama Artis yang menang, kite orang dihiburkan jugak dengan persembahan dari Red, Dina, Awi Rafael, Shila Hamzah & Adira... Sebelom korang nak layan gambar yang aku ambik, aku nak bagi senarai keputusan bagi malam tu... Ade 17 kategori kesemuanya :

  1. Pemenang Anugerah Pembaca Stail EH: Nik Nurain Nik Mohd Azizan.
  2. Pemenang Anugerah Selebriti Harapan Pilihan: Izara Aishah
  3. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Bentuk Badan Paling Cantik: Fouziah Gous
  4. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Bentuk Badan Paling Segak: Anding
  5. Pemenang Anugerah Jurusolek Selebriti Pilihan: Najeeb Azami
  6. Pemenang Anugerah Fesyen Selebriti Pilihan: Rizman Ruzaini
  7. Pemenang Anugerah Selebriti Mesra Peminat: Shila Amzah
  8. Pemenang Pasangan Selebriti Pilihan: Noh Hujan & Mizz Nina
  9. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Seksi: Rozita Che Wan
  10. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Seksi: Hans Isaac
  11. Pemenang Anugerah Selebriti Paling Fotogenik: Scha Alyahya
  12. Pemenang Anugerah Selebriti Pilihan Kulit Majalah: Fasha Sandha
  13. Pemenang Anugerah Model Pilihan Majalah: Tengku Azura
  14. Pemenang Anugerah Selebriti Serba Boleh: Aznil Hj Nawawi
  15. Pemenang Anugerah Selebriti Pencapaian Terbaik: Dato’ Siti Nurhaliza
  16. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Bergaya: Nur Fazura
  17. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Bergaya: Awal Ashaari
  18. Pemenang Anugerah Style EH! 2012 dimenangi oleh Nur Fazura

Persembahan dari para artis :






Gambar pemenang & candid yang sempat aku ambik :


Host malam tu

















**TQ dekat Majalah EH! sebab memilih aku sebagau pemenang...!!!

Mr. OD Bergambar Dengan Artis Di Anugerah Stail EH! 2012...

4 Julai 2012 hari tu aku ke "Anugerah Stail EH! 2012" bertempat "Grand Dorsett Hotel Subang"... Macam mane aku boleh dapat pegi, senarnya aku sertai contest yang dianjurkan oleh "Majalah EH"... Itu pun membe aku "Kamal" yang dok bagi link kat FB, mula-mula macam malas nak masuk tapi disebabkan just undi sape artis-artis yang rase layak, so aku submit je... Skali rezeki kene kat aku plak mase tu bersyukur sangat, aku dapat "1 pass ke Anugerah Stail EH!"... Tapi kesian kat membe aku Kamal die tak dapat, nak jadi punya cerita pihak EH call gitu gini skali die kasi aku bawak membe sorang, so aku heret Kamal skali huhuhu...

Memang serius best giler mase tu, sebab dapat bergambar dengan "Artis-artis yang terkenal"... Ade yang peramah & ade yang korang sendiri kene paham huhuhuhu... Tapi bagi aku malam tu yang paling peramah "Tengku Azura" alah yang model tu... Die siap tanya nama aku bile lepas ambik gambar dengan die huhuhu... Tinggi sangat orang die, walaupun simple nampak die bergaya tapi tetap cantik...



:: Adira AF ::


:: Zain Saidin ::


:: Tengku Azura ::


:: Karl Shafek ::


:: Sari Yanti ::


:: Fazura ::


:: Rozita Cik Wan ::


:: Fasha Sanda ::


:: Awi Rafael ::


:: Dato Siti Nurhaliza - Tapi tak sempat nak bergambar same ::


:: Intan Ladyana ::


:: Ezlyn ::


:: Awal Ashaari & Scha Alyahya ::


:: Kat Mentor ::


:: Siti Saleha ::


:: Juliana Evans ::


Door gift lebih pade barang pompuan, so aku selamat bagi dekat Ibu huhuhuhu...

Lagi-Lagi Cerita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis