Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Jul 22, 2013

Od.Itu.Sufi Di Ruangan "Cuti-Cuti Bajet" Citra Orang Muda...

Alhamdulilah sedar tak sedar kite dah pun di pertengah Bulan Ramadan... Alhamdulillah jugak dengan keberkatan di Bulan Ramadan ini jugak, pada 20 July 2013 (Sabtu) Blog aku sekali lagi dapat masuk "Akhbar Utusan" tapi kali ini di ruangan "Cuti-Cuti Bajet"... Aku betul-betul rase sangat bersyukur walaupun dengan penulisan blog aku yang tak seberapa ini ade jugak mata-mata yang memerhati... Trima kaseh pada wartawan dari Akhbar Utusan "Dhiya Zulhilmi" yang mempelawa aku untuk siarkan & kongsikan cerita dari blog... Kali ini mereka agak tertarik dengan cerita aku ke "Gua Tempurung", "Pamelo Farm" & jugak "Sungkai Hot Spring"... Bagi sesiape yang ade kesempatan yang ingin kongsikan cerita di Akhbar Utusan, korang follow dorang di FB "Citra Orang Muda".... Trima kaseh lagi skali buat Akhbar Utusan & Citra Orang Muda...


Jan 28, 2013

Selamat Pengantin Baru Zul & Hasnor...

Pembuka tirai bagi tahun 2013 ni nampaknya membe opismate aku Zul bersama Isteri beliau Hasnor merasmikan entry Perkahwinan di blog aku ni... Bagi orang luar baca sure akan cakap alah biaselah perkahwinan... Tapi bagi aku sesame membe opis sure merasakan kelainan die atas sebab perkahwinan yang telah di suprisekan oleh membe aku Zul ni... Sebab ape aku kate suprise, okey Zul ni memang sempoi memang aku tabik spring same die... Pertunangan beliau bersama Hasnor di bulan Febuari tahun lepas pun tak siapa yang mengetahui melainkan family beliau bersama kenalan yang sangat rapat... Tapi rahsianya terbongkar jugak dengan opismate kite orang Khairul & Nasrul... Bagaimana kisahnya tak perlulah aku ceritakan kang panjang lebor pulak tapi dorang tetap disuruh merahsiakan hal ni... Cuma dengan aku, dalam bulan Oct 2012 Zul tak boleh nak berahsia sebab hajat die nak aku menjadi pengapit di majlis sebelah perempuan... Kate die aku ni kene book awal sebab penuh xtvt sane-sini... Selamatlah aku ni dicop BZ kalau tak aku jugak dikelompok orang yang last tahu... Aku mula-mula dapat tahu tu secara jujur memang rase tak percaya sebab Zul ni orangnya suka bergurau dan kite orang tak pernah langsung dengar cerita die dengan awek, pergi dating ke, xtvt opis ke memang langsung tak ade bawak awek... Mau tak tercengang aku dengan tahu je tetibe nak aku jadi pengapit... Itu baru aku yang terkejut, cube korang bayangkan bila satu opis dapat tahu bile die menyerahkan kad jemputan perkahwinan awal tahun 2013... Haaaa mau tak bertubi-tubi tumbukkan padu dorang bagi... Tapi aku rase cara die sangat bagus, tunang buat ape nak dikecoh-kecohkan... Tapi bile betul harinya sure kite semua akan dapat tau... Zul kalau ko & Hasnor baca entry aku ni, aku nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru... Moga berbahgia keanak cucu... Moga cepat dapat cahaya mata Insyaallah"...


Majlis sebelah perempuan diadakan pada 20 Januari 2013 di Dewan Keramat... Masing-masing mengenakan busana pengantin berwarna "Biru Turquoise"...



:: Orang kata kalau dah jodoh tak kemana... Muka korang pun ade persamaan die... ::






:: Adik pengantin perempuan jugak melangsungkan perkahwinan bersama ::





:: Selain ambik berkat jadi pengapit, Aku jugak ambik berkat pakai tanjak... Insyaallah harap jodoh dipertemukan cepat Amin ::


:: Kawan opis yang turut hadir di Majlis sebelah perempuan ::


Majlis sebelah lelaki diadakan pada 27 Januari 2013 di Dewan Taman Cempaka... Masing-masing mengenakan busana pengantin berwarna "Kuning Diraja"...



:: Korang sangat sweet & spoting ::

Sempat jugak pengantin bergambar dengan teman-teman opis yang hadir memeriakan majlis dorang...









Ok next bulan Febuari pasangan "Zaa & Ayie" pulak...

Oct 15, 2012

Aku Terima Suratnya...

Salam Isnin... Tajuk entry macam tak boley blah je huhuhuhu... Kebetulan cerita yang tengah hangat sekarang "Aku Terima Nikahnya" gandingan Ady Putra & Nora Danish... Aku dah tengok macam biase je senarnya... Aku lagu suke "Ombak Rindu"...

Ok entry kali ni takde kene mengena dengan muvee mahupun filem-filem... Berkisah pasal aku sendiri yang berkaitan dengan entry lama aku "Tie & Jell Rambut"... Ekceli last Friday, aku dapat surat dari Bos... Syukur Alhamdulillah dengan hasil titik peluh aku yang menitik-nitik (ok geli), berkat usaha aku bekerja selama 5 tahun akhirnya aku dinaekkan ke "Officer" (tetap kuli okey)... Banyak dugaan & jugak cabaran aku lalui selama 5 tahun ni... Tapi semua tu pengalaman yang menjadi pengajaran buat aku... Walaupun aku dah banyak team aku masuk untuk belajar, Inilah hasilnya yang aku dapat... Syukur Alhamdulillah...

Ekceli sebelum dapat surat tu aku ade bermimpi... Orang kate mimpi tu hanyalah mainan tidur... Tapi entahlah selalunya aku selalu dapat tau atau petunjuk melalui mimpi... Mimpi yang 1st aku "Bermimpi Ular Sawa Putih"... Lepas google aku dapat dari blog "Coretan Warna-Warna Kehidupan" maksud die adalah "Malaikat"... Hari berikutnya aku "Bermimpi Pocong" aku google jumpe blog "MissIna" maksud die "Mendapat kejayaan dalam usaha atau bisnes"... Aku pun tak tau nak kate mimpi ni senarnya mainan atau ape... Tapi bagi aku kekadang die betul... Syukur Alhamdulillah aku selalu dapat petunjuk dari mimpi...

Bile dah naek pangkat ni kerja ofkos banyak... Aku bersedia dengan kerja baru ni & aku sukakan cabaran... Korang yang terbaca ni doa-doakanlah aku boleh berjaya macam mane aku sebelom ini... Insyaallah... Orang yang sangat-sangat aku berterima kaseh "Hee Kar Yee"... Sebab dielah yang banyak memberi tunjuk ajar dekat aku selama ni... Partner keje aku dulu "Kak Intan", die banyak membantu jugak sebelom ni... Team members yang lain "Bala, Farrah, May, Oni, Ezwan, Faisal, Dyla, Amala, Izzet, Ching Woon, Siew Ching & Ong" memang aku takkan lupekan... Dorang memang banyak membantu... Tak lupe jugak dekat Ex TL aku "Kerstin"...

Setiap kebaikan yang kita dapat tak semestinya semua yang suke... Betul tak...? Aku tak perlu untuk memaksa untuk orang suka aku... Tapi aku berterima kaseh disebabkan mereka-mereka yang membenci membuatkan aku lebih kuat untuk berjuang demi masa depan... Tips yang cuma aku nak kongsikan kalau kita bekerja biarlah ikhlas, kurangkan kesalahan, pantas, sentiasa merendah diri & jangan terburu-buru mengatakan tidak bile sesorang suruh buat kerja... Insyaallah dengan kesungguhan semuanya nescaya orang akan pandang +ve dekat kita...

Untuk kawan-kawan semua aku sentiasa mendoakan yang terbaek untuk korang semua okey... Insyaallah kita berusaha bersama untuk mencapaikan sesuatu yang kita Hajati... Harap kengkawan semua tak lupakan aku... Insyaallah Amin... 


:: Terima Kaseh pada yang sudi comment & Loike di FB, Twitter & Instagram ::


:: Kak Lyza orang yang interview aku mase nak masuk keje... Terharu dengan comment yang beliau bagi... TQ Kak Lyza... ::


:: Ok ini lawak sikit... Gambar awal mase aku bekerja... Tengok siap ade tarikh 26 Julai 2007 ::

Oct 5, 2012

Al-Fatihah Buat Odang (Atuk) Tersayang...

الَّذِينَ Ø¥ِذَا Ø£َصَابَتْÙ‡ُÙ…ْ Ù…ُصِيبَØ©ٌ Ù‚َالُوا Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ


Pada jam 721 pagi, 4 October 2012 Abdul Latif Bin Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai "Odang" dikalangan keluarga telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Wad 4 bahagian Ortopedik... Odang (Atuk) yang mulanya dengan jatuh dikawasan halaman rumahnya pada bulan April 2012, mengakibatkan tulangnya retak di kawasan tulang pinggul... Selepas membuat operation odang kerap keluar masuk hospital untuk membuat rawatan rapi... Tapi bila ajal yang telah tertulis oleh Allah S.W.T yang bernyawa pasti akan menemui mati... Kami sekeluarga Redha dengan pemergiannya, dari beliau menanggung kesakitan... Dikeadaan sakit beliau sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, aku menjadi sebak pabila sku menyuruh beliau mengucap 2 kalimah syahadah, beliau mengucap dengan fasihnya... Nama anak-anak, cucu-cucu, arwah isteri semuanya die tak lupakan... Menjadikan kami sekeluarga lagi bertambah sebak bile beliau ucapkan satu-satu nama kami... Tapi orang kata bila ajal dah tiba pasti ade tanda-tanda yang menunjukkan beliau sudah mahu pergi... Pabila kami semua termasuk Doktor sendiri menanyakan "Mane rumah Odang/Pakcik...?" Beliau akan menjawab "Karak/Karak Highway"... Mula-mula kami tak perasan, rupanya disitulah tempat beliau disemadikan semalam... Itulah tanda-tanda beliau nak pergi meninggalkan kami semua.... Alhamdulillah jugak termakbul hajat beliau untuk dikebumikan di "Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih/Karak" berhampiran dengan kubur arwah Isterinya... Cuma kami semua tak dapat menatap beliau ketika menghembuskan nafas yang terakhir... Pakcik yang menjaga dari malam, keluar dari Hospital pada pukul 7 pagi... Mungkin beliau tidak mahu sesiapa melihat pemergian beliau... Kami Redha... Odang Yan doakan Odang berbahgia dan damailah disana... Moga Odang ditempatkan dikalangan orang-orang yang Beriman dan Soleh... Insyaallah... Amin... Al-Fatihah...




:: Odang dulu bekas Tentera British ::


Siput Sedut Masak Kicap Pedas... Terbaek Di Abdullah Hukum / Bangsar...

Satu hari tu aku merayap dengan Danial, Amirah & Kak Intan Di Midvalley... Dah tawaf sane sini habis lemak-lemak berguguran baru seruan kelaparan memanggil-manggil... Dengan keadaan yang lapar tahap lagu KRU "Impak Maksima", otak memang secara automatik susah nak berfikir mau makan mane... Last buat keputusan makan diluar Mid, so berlabuhlah punggung di "Restoran Suasana"... Kite orang disuggest supaya ambik "Siput Sedut" sebab makanan baru Restoran tu... Aku yang fanatik dengan "Siput Nyot-Nyot" ni memang taklah nak lepaskan peluang... Die ade masak Kari / Kicap, aku pilih kicap.. PERGHHHHHH...!!! Seriusss sedapppp...!!! Dahlah banyak dengan hanya RM20...!!! Pasni nak datang lagi nak try masak Kari pulak...


**Lokasi Restoran Suasana

Oct 4, 2012

Tercengang Dengar Nama Kuih / Biskut Cincin...

Baru-Baru ni membe opis aku baru balek bercuti dari Sabah... Macam biase sape yang tak kedekut tu bawak baleklah ole-ole untuk kengkawan (opsss terpedas sikit)... Kalau yang agak saving tu korang hanya akan dapat "Buah Berita" dari dorang hehehehe... Kuih / Biskut Cincin salah satu makanan yang sangat popular dekat Sabah, dengar nama die je dahi aku dah kerut... Bile rase pulak, dari kerut didahi bertukar kerut di bibir pulak (sebab tengah mengunyah)... Perghhh sedap plak tu, rase die macam gula melaka atau Kuih Denderam cuma die salut dengan tepung goreng... Bile di google dapatlah info sikit pasal "Kuih / Biskut Cincin" ni... So sape yang belom try mungkin boleh try jangan malu-malu, janji nak makan ni kene ade gigi okey sebab die keras wakakaka...



:: TQ Nasrul dengan ole-ole yang ko bagi neh ::

Sep 26, 2012

Blog Od.Itu.Sufi Berubah Wajah Di Kala Usia 2 Tahun...

Alhamdulillah sedar tak sedar usia Blog aku yang bergelar "Od.Itu.Sufi" ni dah pun menjangkau 2 tahun... Walaupun usia tak same tuan empunya blog tapi tuan die sentiasa nampak muda (Angkat bakul sendiri nak bagi Snow White makan epal merah)... Kali ni tak adelah semuanya yang berubah, tapi cuma header dan layout aku ubah sikit-sikit... Almaklumlah teman ni tak ambik IT blajo dulu, so belajar mengedit pun guna teknologi "Utube" ajer... Lepas pikir-pikir maka terhasillah header serupe itu... 

Sure korang akan tertanya kenapa aku buat macam tu... Memek-memek muka aku yang korang terpaksa hadap setiap kali korang click blog aku ni ade sebab die... Katekanlah di suatu hari yang korang sedang mood happy / sedih / susah nak beranak, mane tau kot-kot dengan terperanjatnyer korang tengok memek muka aku yang terlampau tu tetibe boleh ubah emosi korang... Huhuhuhu... Itu pun aku cakap kalau, tapi kalau tak ade perubahan korang cepat-cepatlah tutup... 

Bagi background aku pulak bertukar dari compang-camping dengan warna keringan tak sudah aku tukar ke "Papan Hitam"... Sebab terpikir macam indah bak cikgu tengah mengajar pulak... Yelah time sekolah dulu sure Hari dan Tarikh akan tertulis di kanan dan kiri papan hitam, so saje nak mengimbau kenangan korang (ok sekarang 1.20am, ape aku merepek abaikan)... Tapi papan hitam ni abad 2020 punya sebab beserta gambar-gambar yang sangat cun... 

So trima kasih yang tak terhingga sape yang sanggup terjah blog aku ni... Yang tinggalkan comment, silent readers ke semua tu secara jujur aku sangat terharu... Disebabkan korang terjah meh sesame kite menari Oppa Gendang Gendut Tali Kecapi... So teruskan menyokong sayer okey... Trimas... Okbai...


:: Kenangan Header yang lama ::


Sep 18, 2012

Cekodok Tepung Berbentuk Hidung ****...

Tadi kakak aku dok viber anta gambar kat kite orang adek-bradek... Gambar nak kate unik tu boleh jugak tapi yg pasti lebih kepada pelik... Ibu goreng cekodok pagi ni untuk bekpes, skali bila masak terbentuk macam hidung vavi (sorry tak sengaja tulis)... Berkelip tanpa henti kelopak mate aku ni, dah macam iklan maskara... Huhuhu... Nak makan atau tak tu huhuhu rase tak kot... Nanti terbayang iyok-iyok...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sep 6, 2012

Fan Of The Week SOGO Melalui Account Twitter...

Alhamdulillah Syukur sangat lepas satu-satu rezeki Allah bagi kat aku... Cerita ni bermula mase "Bulan Ramadhan" baru-baru ni... Lepas habis keje aku menuju ke "SOGO KL", niat nak berbuka puasa dekat sane sambil pekene "Ayam Goreng SOGO"... Aku terus up status twitter "Kalau Pegi SOGO tak sah kalau tak cari Ayam Goreng"... Tanpa tag ape-ape tetibe pihak sogo reply tweet aku... Selang beberape hari tu pulak SOGO tweet aku suruh hantar details aku sebab aku dapat "Fan Of The Week"... Perghhh seyes aku tak sangka... Ape pun tangs kat pihak SOGO KL sebab bagi aku "Voucher RM50"... Tapi bagi sape yang tertanya-tanya betul ke "Ayam SOGO" sedap, haaa korang kene try ok... Die betul-betul berhadapan dengan supermarket SOGO tingkat LG... Try okey...







Sep 5, 2012

Beli Majalah EH! Semate-mate Ade Gambar Sendiri...!!!

First skali dikesempatan Bulan Syawal yang mulia ni, aku nak susun 10 jari aku ni atas tajuk entry aku macam ni... Seyes mintak maap, memang tak ade niat pun nak berlagak, menunjuk-nunjuk mahupun manyang sini sane... Kalau korang rase aku macam tu, campaklah daku ke Lautan China Selatan (Motip kat situ...???)... Aku sekadar nak berkongsi perasaan aku yang happy yang menggunung-gunung aberes ni... Alhamdulillah rezeki aku tidak putus-putus, walaupun tak seglamour mane tapi tak sangka dapat gak rupa yang biase-biase aje ni masuk majalah... Kali ni muka aku terpampang di "Majalah EH!" keluaran September 2012 bersempena di "Anugerah Stail EH 2012" yang aku hadir baru-baru ni... Gambar kali ni bertemankan membe Uitm aku merangkap membe berblog aku jugak "Kamal"... (Tengs Amirah sebab bagi tau info)... Tengs kat "Majalah EH!" sebab sudi letak gambar aku same membe aku... Sangat Happy, harap one day mane tau boleh jadi cover majalah pulak huhuhuhu... Insyaallah... Amin...


:: Pics Kredit dari Majalah EH! ::



Aug 20, 2012

GCB McDonalds is Back...!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6


Orang dok post entry pasal rayer aku dok post pasal McD... Bukan ape kejadian berlaku mase last day puasa hari tu... Aku same Amirah & Rozai berbuka sekali sebagai penutup Bulan Ramadhan 2012... Kebetulan mase tu "Burger GCB" ni baru keluar, tapi dorang ni punya pelahap dah pegi dulu... Aku pun nak pelahap same, Nak tak nak aku heret dorang lagi skali... Sure dalam hati korang cakap sambil telan ayer lioq "Ehhhh dah keluar eh... Bile keluar... Tak tau pun"... Adelah yang start enjin kete pegi ke McD 24 hours haaaa pakcik tau dah... Yang kat kampung tu tercari-carilah McD tu hehehehe... Selamat Menjamu GCB okeh... Callo Betteh...


Jul 27, 2012

Biskut Sarang Semut My Fav...

Alkisah mimpi jadi realiti... Satu malam tu termimpi aku buat biskut raya "Sarang Semut" & "Confleks Madu"... Tap tup esok tu aku bukak "Instagram" ade membe post gambar biskut tu... Aduh aku tak taulah mimpi aku ni selalu memberi tau, ade gak yang suruh jumpe orang alim... Yelah takut ape-ape plak kan... Tapi tolak tepi pasal mimpi dulu... Ni aku nak share ngan korang kuih rayer fav aku, korang penah dengar "Sarang Semut"... Cara membuat die bukan korang kene pegi kat busut-busut pastu masak dalam oven... Tapi lain kekdahnyer, googlelah yer kalau mau jelas... Ape yang buat aku suke sangat biskut ni, rase die lain sikit dari biskut raya yang lain... Bukan calang-calang orang je yang boleh buat ok... Disebabkan aku dah try beli & sedap sekarang ni aku nak promote sikit... Membe aku sanggup datang dari Shah Alam berbuka puasa dengan kengkawan & sanggup beli biskut ni... Sebab die pun tau susah nak dapat biskut ni... Korang PM lah beliau di FB, nama die "Hannie Sue" bak kate die RM23 - 50 biji... 


Jul 26, 2012

Renew Roadtax Guna Myeg...

Salam Ramadhan semua... Bile bulan puase ni entry kat blog aku pun puase same... Ade je citer nak dikongsikan tapi malas... Ok ok meh cerita secara lurus... Ekceli kelmarin (24/7/2012) roadtax aku matik, so dengan bangganyer aku bawak document semua dengan hajat dihati untuk renew di "Pejabat Pos"... Lom sempat pegi selamat dok sebey-sebey ngan geng-geng opis gitu gini... Skali rupenya nak renew roadtax ni kene ade "Geran Original"... Sumpah aku tak tau weh... Sebab aku ni lurus macam pembaris besi... Aduh dah lah nak expired, nak dapatkan Geran tu kene pegi bank... Memang taklah kan, dengan bulan puase pulak tu... Skali selamat bos aku bagi tau dengan "Myeg" lagi senang, buat bayaran online terus dorang akan hantar ke opis... Bile aku call dorang siap emailkan quotation, so bile kite dah bersetuju dengan harga insurans tu kite proceed lah pembayaran online & email dorang balek details yang diperlukan... Tak lame jugak esok tu terus dapat Roadtax aku yang baru, penghantaran percuma okey... Yahooooo TQ bos & Myeg... So sekarang aku boleh kembali dengan senyuman & bebelan ketika memandu huhuhu...


**Gunakanlah khidmat Myeg ni... Senang, Cepat... Tak perlu pegi mane-mane... Hanya gunakan telipon & juga internet... Dah siap terus pihak Myeg anta kat korang...


Jul 9, 2012

Pemenang Anugerah Stail EH! 2012...

Selain diumumkan nama-nama Artis yang menang, kite orang dihiburkan jugak dengan persembahan dari Red, Dina, Awi Rafael, Shila Hamzah & Adira... Sebelom korang nak layan gambar yang aku ambik, aku nak bagi senarai keputusan bagi malam tu... Ade 17 kategori kesemuanya :

  1. Pemenang Anugerah Pembaca Stail EH: Nik Nurain Nik Mohd Azizan.
  2. Pemenang Anugerah Selebriti Harapan Pilihan: Izara Aishah
  3. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Bentuk Badan Paling Cantik: Fouziah Gous
  4. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Bentuk Badan Paling Segak: Anding
  5. Pemenang Anugerah Jurusolek Selebriti Pilihan: Najeeb Azami
  6. Pemenang Anugerah Fesyen Selebriti Pilihan: Rizman Ruzaini
  7. Pemenang Anugerah Selebriti Mesra Peminat: Shila Amzah
  8. Pemenang Pasangan Selebriti Pilihan: Noh Hujan & Mizz Nina
  9. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Seksi: Rozita Che Wan
  10. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Seksi: Hans Isaac
  11. Pemenang Anugerah Selebriti Paling Fotogenik: Scha Alyahya
  12. Pemenang Anugerah Selebriti Pilihan Kulit Majalah: Fasha Sandha
  13. Pemenang Anugerah Model Pilihan Majalah: Tengku Azura
  14. Pemenang Anugerah Selebriti Serba Boleh: Aznil Hj Nawawi
  15. Pemenang Anugerah Selebriti Pencapaian Terbaik: Dato’ Siti Nurhaliza
  16. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Bergaya: Nur Fazura
  17. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Bergaya: Awal Ashaari
  18. Pemenang Anugerah Style EH! 2012 dimenangi oleh Nur Fazura

Persembahan dari para artis :






Gambar pemenang & candid yang sempat aku ambik :


Host malam tu

















**TQ dekat Majalah EH! sebab memilih aku sebagau pemenang...!!!

Lagi-Lagi Cerita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis