Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Jul 10, 2013

Ku Mengharap Ramadhan Kali Ini Penuh Makna...

Ahlah Wahsahlan Ya Ramadhan... Bulan yang dinanti-nanti bagi umat Islam kini tiba... Aku bersyukur dengan kehadrat Illahi dengan izinNya aku masih lagi berpeluang menikmati kenimatan "Bulan Ramadhan"... Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa" buat semua yang beragama Islam, gunakanlah masa yang singkat ini dengan sebaik-baiknya... Bersamalah kita mempertingkatan amalan & kebajikan dibulan yang baik ini... Insyaallah moga-moga semua amalan yang kita lakukan mendapat balasan yang setimpal kelak... Amin...


Lagu yang penuh makna dalam liriknya setiap kali menjelang Bulan Ramadhan pasti sayu hati bila mendengarnya...

Harapan Ramadhan - Manbai feat Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna 
Selangkah demi selangkah 
Setahun sudah pun berlalu 
Masa yang pantas berlalu 
Hingga tak terasa ku berada 
Di bulan Ramadhan semula 
Puasa satu amalan 
Sebagaimana yang diperintahNya 
Moga dapat ku lenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri 
Tiada henti-henti 
Tak ingin ku biarkan 
Ramadhan berlalu saja 
Tuhan pimpinlah daku yang lemah 
Mengharungi segalanya dengan sabar 
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan 
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan 
Selangkah demi selangkah... 
Dengan rahmatMu oh Tuhanku... 
Ku tempuh jua 

Aug 21, 2012

Berbunga Api Di Malam Raya...

Bunga Api perkara yang wajib kene ade bile nak raya ni... Macam-macam jenislah ade, termasuklah dengan mercun... Tapi janganlah dok main mercun yang bahaya... Dok diubah suai sane sini, konon nak tunjuk sape yang lagi power... Pastu last last kudung sane sini... Nasihat untuk penggemar perngubah suai mercun, kalau dah kretif sangat baek jadi pengubah bunga ke, ubah ape-apelah yang lagi paedah... 

Tahun ni beraya Kakak & Adek Ibu yang pompuan beraya kat rumah kite orang... So excitedlah rasenya, riuh-rendah sikit... So malam raya tu sempat jugak aku same sepupu yang kecik molek dok maen bunga api... Puas jugak main sebab banyak jugak aku belikan untuk dorang main...


:: POP-POP ni tahun lepas punya terjumpa mase berkemas huhuhuhu ::


:: Sepupu yang comel Afiqah, Aqilah, Haziq & Akma ::




:: 1st time dok try ambik gambar gaya lampu gini ::






:: Try mengukir nama panggil "OD" ::

Aug 20, 2012

GCB McDonalds is Back...!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6


Orang dok post entry pasal rayer aku dok post pasal McD... Bukan ape kejadian berlaku mase last day puasa hari tu... Aku same Amirah & Rozai berbuka sekali sebagai penutup Bulan Ramadhan 2012... Kebetulan mase tu "Burger GCB" ni baru keluar, tapi dorang ni punya pelahap dah pegi dulu... Aku pun nak pelahap same, Nak tak nak aku heret dorang lagi skali... Sure dalam hati korang cakap sambil telan ayer lioq "Ehhhh dah keluar eh... Bile keluar... Tak tau pun"... Adelah yang start enjin kete pegi ke McD 24 hours haaaa pakcik tau dah... Yang kat kampung tu tercari-carilah McD tu hehehehe... Selamat Menjamu GCB okeh... Callo Betteh...


Aug 19, 2012

Salam Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin...



Habis sudah puasa kite selama sebulan dan sudah tiba masanya untuk kite meraikannyer pulak... Hari Raya yang menjelma ni harap sedara-mara & rakan-rakan dapat menyambut dengan penuh keriangan... Aku cuma insan yang kerdil ini ingin memohon maaf atas segala kesilapan, gurauan, tutur kata yang mungkin terlebih atau terkurang... Yang sememangnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan Yang buruk itu datang dari diri saya sendiri... 

Tahun ini Hari Raya kami sekeluarga agak tidak meriah dan sayu kerana ketiadaan odang (atukku) disamping kami sekeluarga... Malam raya semalam Odang dimasukkan ke Hospital Selayang akibat sakit perut yang teramat sangat... Aku doakan supaya Odang cepat sembuh & berharap tidak ade perkara yang tidak diingini yang berlaku... Insyaallah...


Aug 18, 2012

Andai Ini Ramadhan Terakhirku...



Kata Sayidina R.A "Masa Itu Umpama Pedang" jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu... Begitu jugaklah kite sebagai umat manusia, Allah S.W.T telah menjadikan setahun ade 12 bulan... Bulan ke 9 iaitu "Bulan Ramadhan" bulan yang penuh dengan kelebihan dan kelebihan tersebut dapat dihuraikan melalui beberapa hadis :

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu". - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu". - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar)". Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: "Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah". Baginda S.A.W bersabda : "Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)".-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya". -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
    Dengan kelebihan yang terdapat di Bulan Ramadhan kita sebagai umat khalifah Allah dimuka bumi ini haruslah menggunakan ia dengan sebaik-baiknya dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan segala larangannya... Andainya Ini Ramadhan Terakhir bagi diri aku... Walaupun masa yang diberi hanya sebulan, Aku berharap Allah S.W.T menerima segala amalan, ibadat & keampuanan yang aku lalukan di Bulan yang mulia ini... Insyaallah... Bulan Ramadhan kali ini aku betul-betul merasainya dengan penuh nikmat & penuh kesabaran... Alhamdulillah... Kesedihan amat terasa dengan pemergian Bulan Ramadhan, aku berharap aku dipertemukan lagi Ramadhan yang akan datang... Aku doakan juga agar Allah S.W.T sentiasa menerima segala amal kebajikan yang kite lakukan... Insyaallah...

    Iftar Di Bubba Gump Sunway Piramid...

    Jauh jugaklah sampai ke "Sunway Piramid" untuk berbuka... Memasing teringin nak makan "Western" so gali punya gali otak dedalam, terjumpalah "Bubba Gump"... Ekceli dekat sini ade "Buffet Set RM65++", tapi kite orang ambik alakat sajer... Tetibe rase rugi tak ambik buffet, sebab sikit je yang kite orang makan... Tapi tak apelah janji jangan kite makan tak habis sudah... 





    :: Bubba was my best good friend ::


    :: Mereka ini Aizat, Syafiq & Ewan ::



    :: Menunggu makanan lambat sampai, mulalah muka aku tak keruan... Tapi korang tengokkan ade rupe Elmo / Cookies Monster tak...??? Kuikuikui ::


    :: Minuman penghilang dahaga ::


    :: Crazy Cajun Chicken ::


    :: Back Ribs BBQ ::


    :: Rib Eye Steak ::


    :: Sebenar mintak Chocolate Chip Cookie Sundae, tapi waiter die salah dengar then die bagi Alabama Mud Pie... Mengenangkan kesian gaji waiter tu kene tolak, di Bulan Ramadhan yang mulia ni kite orang terime sajelah ::

    Iftar Di Mee Udang Mak Jah Wangsa Maju...

    Sape tak kenal dengan "Mee Udang Mak Jah" ni... Halamakkkk.... Cakap aje, sure korang dah terasa terasa udang fresh di hujung bibir walaupun hanya dengan bayangan... Haaa tengok betapa hebat tak hebat Mee Udang Mak Jah ni... Walaupun tempat asal yang membuatkan Mee Udang ni pemes di "Taiping", tapi sekarang ni tak payah jauh kesana, di Wangsa Maju Kuala Lumpur pun korang boleh dapatkan... Udang die yang fresh tambahan pulak saiz besar-besar beserta gebu-gebu bantal (bantal tak boleh tido) sure buat korang ketuk meja guna garfu & sudu sebagai tanda gumbira... Hehehehe... Aku sesame teman opis sempat jugak berbuka dekat sini, tapi yang penting booking dulu... Kalau tak jangan kate udang misai udang pun korang tak akan dapat makan (orang ramai)...





    :: Mee Udang Special ::


    :: Nasi Goreng Biasa ::


    :: Char Kuew Teow Udang Special ::


    :: Teman opis dari kiri Mastura, Amirah, Wahida, Aida, Atiqah, Wawa & Rozai ::



    :: Bila dah kekenyangan mulalah ambik gambar gegiler... Kalau korang pandai sape kah orang sebelah aku dalam bayang-bayang ni ::

    ** Makan tu makan jugak, tapi aku teringin sangat nak tau nape guna nama "Mak Jah"...? Tuan Restoran punya mak ataupun Resepi turun temurun...? Harap akan terjawab... Ape pun korang kene try...

    Aug 17, 2012

    Alhamdulillah Berkesempatan Tarawih Di Masjid Wilayah Jalan Duta...

    Bulan Ramadhan kali ni dapat jugak aku Bertarawih berbanding dengan tahun lepas tak berkesempatan sebab slalu stay back kat opis, keje banyak... Aku same teman opis Danial, Aizal & Amirah pergi menunaikan "Solat Tarawih" di "Masjid Wilayah Jalan Duta"... Memang susah nak kite ungkapkan bile berada di dalam Masjid yang besar ni... Tapi perasaan tenang, aman tu pada sesiape pasti akan merasa... Syukur Alhamdulillah... Tarawih Tarawih jugak tapi Solat Fardhu yang wajib tu harap korang janganlah tinggalkan okey... Insyaallah... 




    :: Bulan menghiasi & menerangi waktu malam ::



    :: Sesudah solat kite orang singgah McD nak pekene "Mcflurry Oreo" ::


    :: Haaa ketinggian aku ni lepas untuk Drive Thru... Korang macam mane... Wakakakak ::

    Jom Try Aiskrim Lecka Lecka...

    Sesudah berbuka di "Fullhouse" niat ati nak pegi beli "Chatime"... Tapi tetibe ternampak & terkesima dengan "Lecka Lecka" ni... Rasenya punya banyak kali pegi "Wangsa Walk" tak pernah pulak nampak, tetibe je hari tu ternampak (haaaa ade fuh sane fuh sini ehhhh... hehehe gurauan Bulan Ramadhan)... So cancel Chatime kite try Aiskrim pulak... Aku 1st time beli ni, kalau tak selalu "Tutti Frutti" je... Ok 1st korang pilih cup besar mane korang nak, then mintaklah perasa Aiskrim yang korang suke... Nak mix pun boley, tapi biarlah bersesuaian dengan perasa yang korang nak ambik tu... Macam aku hari tu dah rase macam makan "Sabun FAB"... Peberet aku "Choc Mint" tapi aku pegi mixed same "Yogart"... Hambik ko tak mo dengar cakap brader tu lagi... Huhuhu takpelah pakcik 1st time so terima dengan redha (tangan dua kat bahu sambil pandang mate keatas)... Tapi best aku dapat %%% sebab aku ade member card "Celebrity Fitness"...





    :: Mari Lecka Lecka same teman ::



    Iftar Di Fullhouse Rase Macam Betul-Betul Dekat Korea...

    Di Bulan Ramadhan ni aku berkesempatan bersama Azizi berbuka di "Fullhouse Wangsa Walk"... Macam korang tau "Fullhouse" ni berkonsepkan seperti Korea... So dari tata hias semua memperlihatkan seakan-akan korang berada di Korea... Bab menu pulak, yang special dekat sini di Bulan Ramadhan macam agak pelik sikit, sebab selalunya bercirikan die "Western", tapi kali ni ade "Masakan Melayu"... Huhuhuhu... Ok jugak masakan die, nak suruh korang try nak habis puasa dah so tengok gambar jelah eh... Sesudah melantak macam biaselah sesi bergambar sane sini dimulakan hehehehe... 






    :: Buah-Buahan ::


    :: Bubur Kacang Hijau ::


    :: Air Cincau & Air Limau ::


    :: Nasi bersama Ayam Masak Merah ::


    :: Chicken Chop ::

    Lagi-Lagi Cerita...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ShareThis