Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Jul 22, 2013

Od.Itu.Sufi Di Ruangan "Cuti-Cuti Bajet" Citra Orang Muda...

Alhamdulilah sedar tak sedar kite dah pun di pertengah Bulan Ramadan... Alhamdulillah jugak dengan keberkatan di Bulan Ramadan ini jugak, pada 20 July 2013 (Sabtu) Blog aku sekali lagi dapat masuk "Akhbar Utusan" tapi kali ini di ruangan "Cuti-Cuti Bajet"... Aku betul-betul rase sangat bersyukur walaupun dengan penulisan blog aku yang tak seberapa ini ade jugak mata-mata yang memerhati... Trima kaseh pada wartawan dari Akhbar Utusan "Dhiya Zulhilmi" yang mempelawa aku untuk siarkan & kongsikan cerita dari blog... Kali ini mereka agak tertarik dengan cerita aku ke "Gua Tempurung", "Pamelo Farm" & jugak "Sungkai Hot Spring"... Bagi sesiape yang ade kesempatan yang ingin kongsikan cerita di Akhbar Utusan, korang follow dorang di FB "Citra Orang Muda".... Trima kaseh lagi skali buat Akhbar Utusan & Citra Orang Muda...


Sep 6, 2012

Fan Of The Week SOGO Melalui Account Twitter...

Alhamdulillah Syukur sangat lepas satu-satu rezeki Allah bagi kat aku... Cerita ni bermula mase "Bulan Ramadhan" baru-baru ni... Lepas habis keje aku menuju ke "SOGO KL", niat nak berbuka puasa dekat sane sambil pekene "Ayam Goreng SOGO"... Aku terus up status twitter "Kalau Pegi SOGO tak sah kalau tak cari Ayam Goreng"... Tanpa tag ape-ape tetibe pihak sogo reply tweet aku... Selang beberape hari tu pulak SOGO tweet aku suruh hantar details aku sebab aku dapat "Fan Of The Week"... Perghhh seyes aku tak sangka... Ape pun tangs kat pihak SOGO KL sebab bagi aku "Voucher RM50"... Tapi bagi sape yang tertanya-tanya betul ke "Ayam SOGO" sedap, haaa korang kene try ok... Die betul-betul berhadapan dengan supermarket SOGO tingkat LG... Try okey...







Aug 21, 2012

Berbunga Api Di Malam Raya...

Bunga Api perkara yang wajib kene ade bile nak raya ni... Macam-macam jenislah ade, termasuklah dengan mercun... Tapi janganlah dok main mercun yang bahaya... Dok diubah suai sane sini, konon nak tunjuk sape yang lagi power... Pastu last last kudung sane sini... Nasihat untuk penggemar perngubah suai mercun, kalau dah kretif sangat baek jadi pengubah bunga ke, ubah ape-apelah yang lagi paedah... 

Tahun ni beraya Kakak & Adek Ibu yang pompuan beraya kat rumah kite orang... So excitedlah rasenya, riuh-rendah sikit... So malam raya tu sempat jugak aku same sepupu yang kecik molek dok maen bunga api... Puas jugak main sebab banyak jugak aku belikan untuk dorang main...


:: POP-POP ni tahun lepas punya terjumpa mase berkemas huhuhuhu ::


:: Sepupu yang comel Afiqah, Aqilah, Haziq & Akma ::




:: 1st time dok try ambik gambar gaya lampu gini ::






:: Try mengukir nama panggil "OD" ::

Aug 20, 2012

GCB McDonalds is Back...!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6


Orang dok post entry pasal rayer aku dok post pasal McD... Bukan ape kejadian berlaku mase last day puasa hari tu... Aku same Amirah & Rozai berbuka sekali sebagai penutup Bulan Ramadhan 2012... Kebetulan mase tu "Burger GCB" ni baru keluar, tapi dorang ni punya pelahap dah pegi dulu... Aku pun nak pelahap same, Nak tak nak aku heret dorang lagi skali... Sure dalam hati korang cakap sambil telan ayer lioq "Ehhhh dah keluar eh... Bile keluar... Tak tau pun"... Adelah yang start enjin kete pegi ke McD 24 hours haaaa pakcik tau dah... Yang kat kampung tu tercari-carilah McD tu hehehehe... Selamat Menjamu GCB okeh... Callo Betteh...


Aug 19, 2012

Salam Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin...



Habis sudah puasa kite selama sebulan dan sudah tiba masanya untuk kite meraikannyer pulak... Hari Raya yang menjelma ni harap sedara-mara & rakan-rakan dapat menyambut dengan penuh keriangan... Aku cuma insan yang kerdil ini ingin memohon maaf atas segala kesilapan, gurauan, tutur kata yang mungkin terlebih atau terkurang... Yang sememangnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan Yang buruk itu datang dari diri saya sendiri... 

Tahun ini Hari Raya kami sekeluarga agak tidak meriah dan sayu kerana ketiadaan odang (atukku) disamping kami sekeluarga... Malam raya semalam Odang dimasukkan ke Hospital Selayang akibat sakit perut yang teramat sangat... Aku doakan supaya Odang cepat sembuh & berharap tidak ade perkara yang tidak diingini yang berlaku... Insyaallah...


Aug 18, 2012

Andai Ini Ramadhan Terakhirku...



Kata Sayidina R.A "Masa Itu Umpama Pedang" jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu... Begitu jugaklah kite sebagai umat manusia, Allah S.W.T telah menjadikan setahun ade 12 bulan... Bulan ke 9 iaitu "Bulan Ramadhan" bulan yang penuh dengan kelebihan dan kelebihan tersebut dapat dihuraikan melalui beberapa hadis :

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu". - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu". - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar)". Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: "Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah". Baginda S.A.W bersabda : "Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)".-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya". -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
    Dengan kelebihan yang terdapat di Bulan Ramadhan kita sebagai umat khalifah Allah dimuka bumi ini haruslah menggunakan ia dengan sebaik-baiknya dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan segala larangannya... Andainya Ini Ramadhan Terakhir bagi diri aku... Walaupun masa yang diberi hanya sebulan, Aku berharap Allah S.W.T menerima segala amalan, ibadat & keampuanan yang aku lalukan di Bulan yang mulia ini... Insyaallah... Bulan Ramadhan kali ini aku betul-betul merasainya dengan penuh nikmat & penuh kesabaran... Alhamdulillah... Kesedihan amat terasa dengan pemergian Bulan Ramadhan, aku berharap aku dipertemukan lagi Ramadhan yang akan datang... Aku doakan juga agar Allah S.W.T sentiasa menerima segala amal kebajikan yang kite lakukan... Insyaallah...

    Lagi-Lagi Cerita...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ShareThis