Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Jun 30, 2013

Mengecat Di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha...

Syukur Alhamdulillah degan izin Allah S.W.T hari ini (30 Jun 2013) aku bersama rakan-rakan berjaya membuat kerja amal dengan mengecat di "Rumah Pertubuhan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha" di Gombak Permai... Hati aku yang tanpa rase segan silu mengaku inilah kali pertama aku membuat amal kebajikan di rumah anak yatim... Trima kaseh pada senior skolah aku "Titi Ruslan" yang mempelawa aku bersama rakan-rakan aku Danial, Ameen & Amira bagi menjayakan program pada hari ini... Secara jujurnya program pada hari ni serba sedikit memberi impak yang mendalam dari segi mental & fizikal kami semua... Walaupun bukan dengan wang ringgit yang kami hulurkan, tapi kami semua berharap dengan kederat kami mengecat rumah ini dapat membuatkan adik-adik dirumah anak yatim ini tersenyum & bersemangat untuk menuruskan hari-hari mereka seperti adik-adik yang ada diluar sana... Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikulnya bila mengenang nasib mereka semua ini... Sesiapa yang lihat keadaan dirumah anak yatim ini pasti tersentuh dengan keadaan di rumah mereka ini... Kita yang tidak senasib dengan meraka pasti tidak tahu apa yang mereka rasakan, doakanlah yang terbaek untuk mereka semua ini... Bagi yang sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan atau sedekah silalah hubungi Rumah Anak Yatim ini di 017-9354323 / 017-2811169... Akhir kata dari aku "Walaupun kesan cat di jari jemari kami yang mampu hilang dek air, Tapi kenangan hari ini harap dikenang buat selama-lamanya buat kita semua".... Insyaallah...


:: Geng mengecat ::



:: Keadaan sebelom dicat :: 


:: Rajin adik ni tolong ::


:: Ini die Brader Titi Ruslan ::



:: Penat-penat dok rehat bentar ::





:: Danial topi ko mahal tu ::



:: Adik ni sure excited menunggu semuanya selesai ::


:: Setelah selesai dicat :: 



:: Ameen, Danial & Amira ::


:: Mase untuk balek sempat lagi dok bergambar ::

Oct 5, 2012

Al-Fatihah Buat Odang (Atuk) Tersayang...

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


Pada jam 721 pagi, 4 October 2012 Abdul Latif Bin Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai "Odang" dikalangan keluarga telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Wad 4 bahagian Ortopedik... Odang (Atuk) yang mulanya dengan jatuh dikawasan halaman rumahnya pada bulan April 2012, mengakibatkan tulangnya retak di kawasan tulang pinggul... Selepas membuat operation odang kerap keluar masuk hospital untuk membuat rawatan rapi... Tapi bila ajal yang telah tertulis oleh Allah S.W.T yang bernyawa pasti akan menemui mati... Kami sekeluarga Redha dengan pemergiannya, dari beliau menanggung kesakitan... Dikeadaan sakit beliau sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, aku menjadi sebak pabila sku menyuruh beliau mengucap 2 kalimah syahadah, beliau mengucap dengan fasihnya... Nama anak-anak, cucu-cucu, arwah isteri semuanya die tak lupakan... Menjadikan kami sekeluarga lagi bertambah sebak bile beliau ucapkan satu-satu nama kami... Tapi orang kata bila ajal dah tiba pasti ade tanda-tanda yang menunjukkan beliau sudah mahu pergi... Pabila kami semua termasuk Doktor sendiri menanyakan "Mane rumah Odang/Pakcik...?" Beliau akan menjawab "Karak/Karak Highway"... Mula-mula kami tak perasan, rupanya disitulah tempat beliau disemadikan semalam... Itulah tanda-tanda beliau nak pergi meninggalkan kami semua.... Alhamdulillah jugak termakbul hajat beliau untuk dikebumikan di "Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih/Karak" berhampiran dengan kubur arwah Isterinya... Cuma kami semua tak dapat menatap beliau ketika menghembuskan nafas yang terakhir... Pakcik yang menjaga dari malam, keluar dari Hospital pada pukul 7 pagi... Mungkin beliau tidak mahu sesiapa melihat pemergian beliau... Kami Redha... Odang Yan doakan Odang berbahgia dan damailah disana... Moga Odang ditempatkan dikalangan orang-orang yang Beriman dan Soleh... Insyaallah... Amin... Al-Fatihah...




:: Odang dulu bekas Tentera British ::


Aug 19, 2012

Salam Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin...



Habis sudah puasa kite selama sebulan dan sudah tiba masanya untuk kite meraikannyer pulak... Hari Raya yang menjelma ni harap sedara-mara & rakan-rakan dapat menyambut dengan penuh keriangan... Aku cuma insan yang kerdil ini ingin memohon maaf atas segala kesilapan, gurauan, tutur kata yang mungkin terlebih atau terkurang... Yang sememangnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan Yang buruk itu datang dari diri saya sendiri... 

Tahun ini Hari Raya kami sekeluarga agak tidak meriah dan sayu kerana ketiadaan odang (atukku) disamping kami sekeluarga... Malam raya semalam Odang dimasukkan ke Hospital Selayang akibat sakit perut yang teramat sangat... Aku doakan supaya Odang cepat sembuh & berharap tidak ade perkara yang tidak diingini yang berlaku... Insyaallah...


Aug 18, 2012

Andai Ini Ramadhan Terakhirku...



Kata Sayidina R.A "Masa Itu Umpama Pedang" jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu... Begitu jugaklah kite sebagai umat manusia, Allah S.W.T telah menjadikan setahun ade 12 bulan... Bulan ke 9 iaitu "Bulan Ramadhan" bulan yang penuh dengan kelebihan dan kelebihan tersebut dapat dihuraikan melalui beberapa hadis :

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu". - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu". - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar)". Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: "Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah". Baginda S.A.W bersabda : "Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)".-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya". -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
    Dengan kelebihan yang terdapat di Bulan Ramadhan kita sebagai umat khalifah Allah dimuka bumi ini haruslah menggunakan ia dengan sebaik-baiknya dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan segala larangannya... Andainya Ini Ramadhan Terakhir bagi diri aku... Walaupun masa yang diberi hanya sebulan, Aku berharap Allah S.W.T menerima segala amalan, ibadat & keampuanan yang aku lalukan di Bulan yang mulia ini... Insyaallah... Bulan Ramadhan kali ini aku betul-betul merasainya dengan penuh nikmat & penuh kesabaran... Alhamdulillah... Kesedihan amat terasa dengan pemergian Bulan Ramadhan, aku berharap aku dipertemukan lagi Ramadhan yang akan datang... Aku doakan juga agar Allah S.W.T sentiasa menerima segala amal kebajikan yang kite lakukan... Insyaallah...

    Lagi-Lagi Cerita...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ShareThis